Pembangkang hormati keputusan Mahkamah Persekutuan

Photo of author

By admin

Pembangkang hormati keputusan Mahkamah Persekutuan

SHAH ALAM – Pembangkang memaklumkan gabungan itu menghormati keputusan
Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya turut berasa
lega dan mengucapkan penghargaan kepada hakim-hakim yang berani serta
berwibawa membabitkan kes ini.

“Yang tunduk kepada fakta dan hukum, bukan tunduk kepada kuasa
politik.

“Ingatlah rakyat, bila memutuskan dengan bijak, anak muda bila menentukan
masa depan mereka, maka suasana dan iklim politik boleh berubah,” katanya
menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya pada Selasa.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan akhir Najib untuk
mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung
penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.


Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun
Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf
apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyifatkan
bahawa rakyat adalah berkuasa dan keputusan yang dibuat pada 2018 telah
memastikan badan kehakiman bebas dan negara dibersihkan daripada
rasuah.

“Keputusan rakyat inilah membolehkan pendakwaan profesional dan ketegasan
serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta serta
hukum, bukan mengikut telunjuk politik pihak berkuasa yang kita telah alami
selama puluhan tahun,” ujarnya.


Sumber: Sinarharian.com.my