Kerajaan Malaysia umum tarif elektrik kekal tahun ini, RM5.8b diperuntuk untuk subsidi

Photo of author

By admin

Kerajaan Malaysia umum tarif elektrik kekal tahun ini, RM5.8b diperuntuk untuk subsidi

Kerajaan Malaysia umum tarif elektrik kekal tahun ini, RM5.8b diperuntuk
untuk subsidi



Menteri Kewangan telah mengumumkan yang penduduk di Malaysi tidak akan
mengalami kenaikkan tarif elektrik sepanjang tahun ini. Ia berikutan RM5.8b
dana yang disuntik kerajaan Malaysia bagi mensubsidikan utiliti
tersebut.

Sebelum ini, kedengaran yang tarif elektrik bakal disemak semula dek
kenaikkan kos bahan api.

Kebiasaannya, tarif elektrik dipengaruhi kadar Pelepasan Kos-Kos Tidak
Seimbang (ICPT). Mekanisme ini dikawal selia Suruhanjaya Tenaga yang
membenarkan penyedia utiliti memindahkan sedikit kos penjanaan kepada
pelanggan.

ICPT disemak semual Suruhanjaya Tenaga setiap 6 bulan bermula 2014 lalu.
Bahan api utama yang digunakan stesen janakuasa di Malaysia adalah arang
batu dan untuk tarif yang kita nikmati sekarang, ia berasaskan kos arang
batu pada paras USD79/tan metrik sedangkan harga pasaran semasa adalah
USD265/tan metrik.

Selain RM5.8b khas untuk rakayat, kerajaan turut menyuntik RM6b kepada TNB
bagi melicinkan operasi mereka.

Sehingga habis tahun 2022, kita mentikmati elektrik pada kadar serendah
RM0.218 untuk setiap kWh ataupun setinggi RM0.571 untuk kWh yang ke-901 dan
keatas.

Sumber: soyacincau.com