Roket gergasi NASA sedia untuk berlepas hari ini
CAPE CANAVERAL: Pasukan pelancaran di Pusat Angkasa Kennedy membuat
persiapan sepanjang hari semalam, menjelang ujian sulung pelepasan roket
gergasi generasi akan datang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan
(NASA).

Pelancaran itu secara langsung menandakan permulaan program bulan ke
Marikh, Artemis, 50 tahun selepas tamatnya misi Apollo, yang menyaksikan
manusia pertama menjejakkan kaki di bulan.

Semalam, pegawai NASA berkata semua sistem kelihatan dalam keadaan sedia,
dengan ramalan cuaca menjangkakan keadaan 80 peratus bersesuaian bagi
pelancaran pada dua jam pertama bermula 8.33 pagi itu, berkurangan kepada 60
peratus menjelang saat pelancaran.

“Semuanya sehingga kini kelihatan baik dari perspektif kenderaan. Kami
teruja, kenderaan itu sudah siap, ia kelihatan hebat,” kata pengarah ujian
kanan NASA, Jeff Spaulding.

Walaupun rod kilat di tapak pelancaran disambar petir semalam, Spaulding
berkata beliau tidak melihat apa-apa kesan pada sistem di lapangan yang
menimbulkan kebimbangan.

NASA berkata, tiada kerosakan pada kapal angkasa atau kemudahan pelancaran
berkenaan.
berkenaan.
Roket Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) sedia untuk melepaskan sebuah
kapsul tanpa kru, Orion, mengelilingi bulan dan kembali semula, dalam
penerbangan ujian selama enam minggu.

Ia dilaksanakan bagi menguji prestasi kedua-dua kenderaan misi itu
melakukan semua prosedur ditetapkan sebelum menerbangkan angkasawan dalam
misi berikutnya yang dijadualkan pada 2024.

Kombinasi SLS-Orion, dengan ketinggian 98 meter, kini menjadi mercu tanda
Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganti kepada program Apollo pada 1960-an
dan 1970-an.

Jika kedua-dua misi itu berjaya, NASA menyasarkan untuk mendaratkan
angkasawan kembali ke bulan, termasuk wanita pertama menjejakkan kaki di
permukaan bulan seawal 2025, walaupun ramai pakar percaya jangka masa itu
mungkin akan tersasar selama beberapa tahun.

Manusia terakhir yang berjalan di bulan ialah dua angkasawan dalam pasukan
Apollo 17 pada 1972, yang mengikut jejak langkah 10 angkasawan lain dalam
lima misi terdahulu, bermula dengan Apollo 11 pada 1969.

Program Artemis bertujuan menubuhkan pangkalan bulan untuk jangka panjang
sebagai batu loncatan kepada penerokaan angkasawan yang lebih bercita-cita
tinggi iaitu ke Marikh, satu matlamat yang disifatkan pegawai NASA mungkin
akan mengambil masa sekurang-kurangnya lewat 2030-an untuk dicapai. –
REUTERS

Sumber: bharian.com.my