STR Fasa 2 : Semakan & Bayaran Akan BerMula Pada 3 April 2024 Rabu Ini

Photo of author

By Admin Fz

STR Fasa 2 : Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 3 April ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024).

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai 3 April 2024 (Rabu).

Cara Semakan Status STR Fasa 2

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Jumlah Bayaran STR Fasa 2  ialah:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2500 Ke Bawah: RM150 – RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2500 ke RM5000: RM100 – RM300
  • Warga Emas: RM150
  • Bujang: RM100

Kaedah pembayaran STR

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

Permohonan STR Baru

Permohonan STR baru tahun 2024 ialah:

  • Layari portal web bantuantunai.hasil.gov.my
  • Tekan permohonan STR 2024
  • Isi Maklumat terkini
  • Sahkan maklumat anda
  • Hantar permohonan STR 2024

Tarikh Mohon STR

Permohonan STR dibuka sepanjang tahun 2024. Sekiranya anda belum melakukan sebarang permohonan, boleh untuk lakukan semakan STR fasa seterusnya.

Maklumat Lanjut

Semakan status boleh dilakukan di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Pilihan Pembaca

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.