Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Dikreditkan Bermula 5 April

Photo of author

By Admin Fz

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Dikreditkan Bermula 5 April

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2024.

Menurut Perdana Menteri, pihak Perbendaharaan telah dimaklumkan supaya bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini, (5 April 2024).

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

 Bantuan khas kewangan Aidil Fitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Pilihan Pembaca

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.