KWSP Akaun 3 – Penstrukturan Semula 3 Akaun KWSP Bermula 11 Mei Depan

Photo of author

By Admin Fz

Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – KWSP Akaun 3 akan mula berkuatkuasa pada 11 Mei depan dengan semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Di bawah inisiatif ini, Akaun Persaraan adalah bertujuan mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan sementara Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan manakala Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

KWSP Akaun 3 – Akaun Fleksibel

Dengan pelaksanaan tersebut, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera sementara Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata, semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan, iaitu 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera dan 10 peratus ke dalam Akaun Fleksibel (KWSP Akaun 3)

KWSP Akaun 3

Ketika ini, 70 peratus caruman bulanan ahli KWSP disalurkan ke dalam Akaun 1, yang tidak boleh diakses sehingga selepas mereka bersara.

Sementara itu baki 30 peratus lagi masuk ke Akaun 2, yang boleh diakses untuk perbelanjaan pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan, serta pengeluaran separa sekali pada usia 50 tahun.

Pecahan Caruman KWSP Akuan 3, Akuan 2 dan Akuan 1

Bagaimanapun mulai Mei, sistem yang disusun semula akan menyaksikan caruman bulanan dibahagikan kepada tiga bahagian:

  • 75% ke dalam KWSP Akaun 1 (naik daripada 70 peratus)
  • 15 % ke dalam KWSP Akaun 2 (turun daripada 30 peratus)
  • 10 % ke dalam KWSP Akaun 3 (alokasi baharu yang lebih fleksibel).

KWSP Akaun 3 memberikan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa pada jumlah paling minimum iaitu RM50.

Selain itu, KWSP sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli yang bertujuan memaksimumkan keuntungan modal untuk memindahkan dana daripada Akaun 3 ke Akaun 2.

Pengenalan Akaun 3 dibuat selepas empat program pengeluaran berkaitan wabak COVID-19 yang menyaksikan sejumlah RM145 bilion tabungan dikeluarkan daripada KWSP.

Sehingga Disember 2023, aset pelaburan dana pencen berkenaan berjumlah RM1.13 trilion.

KWSP membayar dividen RM57.8 bilion kepada ahli untuk 2023, terdiri daripada 5.5 peratus dividen untuk ahli dengan akaun konvensional dan 5.4 peratus untuk akaun Syariah.

KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus untuk akaun konvensional dan 4.75 peratus untuk akaun Syariah pada 2022.

Pada akhir tahun 2023, KWSP mempunyai 8.5 juta ahli aktif. Daripada ahli ini, 6.7 juta mempunyai akaun konvensional, manakala selebihnya mempunyai akaun Syariah.

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.