Semakan Keputusan SPM 2023: SMS, Online & Hadir Sekolah – Keputusan Diumumkan pada 27 Mei Ini

Photo of author

By Admin Fz

KUALA LUMPUR: Semakan Keputusan SPM (Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia) 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah, boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya.

KPM juga berkata, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang 2 Jun 2024.

“Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang pada 2 Jun 2024,” katanya.

KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan SPM 2023.

“Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan,” katanya.

Seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Semakan Keputusan SPM 2023

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024. Berikut adalah panduan untuk membuat semakan:

Semakan Keputusan SPM Online

Calon boleh membuat semakan keputusan SPM secara dalam talian melalui pautan berikut:

Semakan dalam talian boleh dilakukan mulai 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

Semakan Keputusan SPM SMS

Untuk semakan melalui SMS, calon perlu menaip format berikut:

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran

dan hantar ke 15888.

Sistem SMS ini akan beroperasi mulai 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

Pilihan Pembaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.