Ipoh,Perak umum bonus untuk semua ADUN RM7000 Sebulan

Photo of author

By admin

 


Ipoh,Perak umum bonus untuk semua ADUN RM7000 Sebulan

IPOH – [DIKEMAS KINI] Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian
Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,
bantuan berkenaan diberikan kepada 48 daripada keseluruhan 59 ADUN serta
seorang Speaker.

“Sebagai buah tangan kepada persidangan kali
ini, kerajaan negeri bersetuju untuk membayar BKK ini.


“Saya umumkan dahulu sebelum ada yang bertanya,” katanya ketika sesi
penggulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang
Pembangunan 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini
pada Khamis.

Pemberian BKK itu akan melibatkan 22 ADUN kerajaan dan 26 wakil
pembangkang.


Ketika pembentangan Belanjawan Perak 2024 minggu lalu, Saarani (BN-Kota
Tampan) mengumumkan pemberian dua bulan gaji kepada semua penjawat awam
negeri termasuk 11 ADUN yang menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
(Exco).

Dalam sesi penggulungan itu, Saarani turut mengumumkan
bahawa kerajaan negeri bersetuju meneruskan peruntukan pengurusan Pusat
Khidmat ADUN RM7,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat.