Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 kini mula dikreditkan kepada
penerima yang berstatus ‘LAYAK’ mulai 17 November 2023, baru-baru ini.
Pihak
RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan
akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan
pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.
Semakan Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT RISDA 2023
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak
RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun
sebelumnya.
Semakan kelulusan bantuan boleh dilakukan pada pautan berikut atau
menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
Sila masukkan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR. Status kelulusan
akan dipaparkan seperti dalam gambar seperti berikut.
Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023
Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara
berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:
- Fasa 1 November 2023 – RM200
- Fasa 2 Disember 2023 – RM200
- Fasa 3 Januari 2024 – RM200
- Fasa 4 Februari 2024 – RM200
Bagi kelulusan yang telah disahkan ‘LAYAK’ sehingga 13 November 2023, Tarikh
Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 bagi Fasa 1 iaitu pada peringkat
pertama kini telah mula dikreditkan bermula 17 November 2023 ke dalam akaun
penerima.
Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara
transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank
aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Untuk makluman pemohon, setiap permohonan BMT 2023 perlu disemak dan
diluluskan di pejabat berkenaan sebelum proses bayaran boleh dilakukan.