Batu Pahat : Tiga Sekawan Berjaya Ditahan Kerana Disyaki Merogol Budak Berusia 12 Tahun

Photo of author

By admin

 


BATU PAHAT: Tiga remaja sekawan ditahan selepas
disyaki merogol seorang kenalan mereka yang berusia 12 tahun secara bergilir
di sebuah rumah di Sri Gading, di sini kelmarin.

Ketiga-tiga
suspek berusia 18 hingga 20 tahun tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu
selepas mengenali mangsa melalui media sosial.

Malah,
seorang daripada suspek terbabit didakwa sudah melakukan perbuatan itu
terhadap mangsa sejak bulan lalu. Kejadian terakhir berlaku malam Selasa lalu
sebelum diketahui ibu mangsa dan membuat laporan polis.

Ketua
Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata ketiga-tiga suspek
ditahan susulan laporan polis dibuat pada jam 3.35 pagi semalam.

Katanya,
bertindak atas laporan yang diterima, pihaknya menahan ketiga-suspek di
sekitar daerah ini untuk membantu siasatan.

“Polis
membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah
Majistret Batu Pahat membenarkan ketiga-tiga suspek direman sehingga Isnin
ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail turut
menasihatkan ibu bapa mengawasi anak-anak mereka agar tidak mudah menjadi
mangsa perlakuan jenayah termasuk penggunaan media sosial.