Wang dan wanita dijadikan taruhan oleh sindiket perlumbaan haram

Photo of author

By admin

Spread the love
AVvXsEiMIVKPCUJKDKo4rGORSBS4UfV7So4bi wKleZPVjLXwJwvkMMEQO5ulL Siggt ci8sPqurK3g0QZgA zIfvcCuMVnFul6CfWS0S57iSmTQBQYi3ZkGiZOMy591JAa 7r5K1mJFGvW0oAX0TcC8KUow0qsl555aaj9ZbwfmtT8TZXxe3uoH7J9eKAZ=w635 h346

JOHOR BAHRU: Wanita dan wang dijadikan taruhan oleh sindiket lumba kereta haram di bandar raya ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket itu dikesan susulan pemantauan selama sebulan polis yang membawa kepada tahanan 126 individu di Plaza Tol Skudai (arah selatan) dalam operasi bermula 2 pagi hingga 4 pagi hari ini.

Beliau berkata kesemua 126 individu itu terdiri daripada 107 lelaki dan 19 wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Bagaimanapun, hanya enam lelaki berusia antara 22 dan 25 tahun didapati terlibat dalam lumba haram itu manakala 120 orang hanya menjadi penonton, katanya kepada pemberita.

Kamarul Zaman berkata ujian air kencing ke atas kesemua 126 individu itu mendapati tiga lelaki yang merupakan antara enam yang terlibat dalam lumba haram itu positif dadah.

Enam individu itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 81 APJ manakala penonton dibebaskan dengan jaminan polis.

-Bernama