PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Seri Najib Razak, yang memohon supaya Ketua Hakim
Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mendengar rayuan
akhirnya, adalah satu lagi taktik berniat jahat untuk mengganggu
prosiding.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, turut mempersoalkan
mengapa pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan awal lagi berhubung
perkara itu sedangkan sudah mengetahui mengenai hantaran di laman Faceebook
oleh Zamani Ibrahim, yang didakwa Najib sebagai suami Tengku Maimun, pada 17
Ogos lalu.

Malah, katanya, hantaran itu diterbitkan pada 11 Mei 2018, justeru, pihak
pembelaan sudah tentu sudah mengetahui mengenainya lebih awal dan mengambil
tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, pembelaan boleh mengemukakan bantahan ketika prosiding
rayuan akhir bermula, namun memilih untuk tidak berbuat demikian, sebaliknya
menunggu perkembangan prosiding sebelum bertindak di saat-saat akhir.

“Peguam jenayah memang cemerlang menggunakan taktik sedemikian untuk
melengahkan prosiding mahkamah.
melengahkan prosiding mahkamah.
“Pembelaan melakukan helah demi helah yang diumpamakan sebagai taktik ahli
silap mata melalui permohonan untuk menggugurkan Tengku Maimun apabila
permohonan sebelum ini tidak memihak kepadanya.

“Adalah tidak masuk akal bahawa seseorang yang boleh mengetahui mengenai
hantaran di Facebook itu empat tahun lalu, hanya memasukkan perkara itu
dalam afidavitnya beberapa hari lalu. Ini jelas menyalahgunakan proses
mahkamah.

“Dengan itu, saya memohon permohonan ini, secara langsung tidak layak
dipertimbangkan dan perlu ditolak mentah-mentah,” katanya.

Sithambaram berkata, jika pembelaan bertindak lebih awal dan memaklumkan
kepada mahkamah, pihaknya tidak perlu berhujah mengenai rayuan akhir
terlebih dahulu yang tidak mengikut kebiasaan.

Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun berkata, bukannya
pembelaan yang enggan berhujah tetapi tidak diberikan tempoh yang sewajarnya
untuk bersedia dengan hujahan itu

“Saya katakan banyak kali, tempoh masa yang wajar patut diberikan kepada
kami. Saya tidak pernah kendalikan kes itu sebelum ini. Saya rasa sedih
kerana situasi ini berlaku,” katanya.

Sumber: Bharian.com