Terkini Pinda Laporan Audit 1MDB Najib, Arul Kanda Kekal Bebas

Photo of author

By admin

 

Terkini Pinda Laporan Audit 1MDB  Najib, Arul Kanda Kekal Bebas


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif
1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kekal bebas
daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).

Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini
yang membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas mendapati ia sudah lewat
lebih daripada dua bulan dan dianggap luput dan terbatal.

Panel
tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail
bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin sehubungan itu,
sebulat suara menolak permohonan pendakwaan untuk memfailkan petisyen rayuan
berkenaan di luar tempoh masa.

Di awal prosiding
hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memohon mahkamah
menetapkan tarikh pengurusan lain bagi membolehkan pendakwaan memfailkan notis
permohonan untuk memfailkan petisyen rayuan di luar tempoh masa.

Ketika
disoal oleh Hadhariah mengenai alasan kelewatan pendakwaan memfailkan petisyen
rayuan, Yusaini Amer berkata, kes berkenaan membabitkan kepentingan awam dan
pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dan mengkaji rekod rayuan.

“Ini
keputusan terbaru pengurusan tertinggi Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk
memfailkan (petisyen) rayuan,” katanya.

Bagaimanapun,
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib mengemukakan
bantahan dan menurutnya, mengikut undang-undang pendakwaan tidak boleh boleh
berbuat demikian jika sudah melepasi tempoh masa yang ditetapkan.

Peguam,
Datuk N Sivananthan yang bertindak bagi pihak Arul Kanda pula berhujah, rayuan
pendakwaan hendaklah dibatalkan kerana tiada apa yang perlu ditimbangkan oleh
mahkamah.

Selepas mendengar daripada kedua-dua belah pihak,
Hadhariah yang membacakan keputusan panel, berkata berdasarkan kronologi,
sudah ada tiga pengurusan kes rayuan berkenaan iaitu pada 28 Julai, 28 Ogos
dan 30, Ogos lalu.

Menurut hakim itu, pendakwaan selaku
perayu sudah diberi arahan untuk memfailkan petisyen rayuan namun gagal
mematuhi arahan mahkamah.

“Mengikut undang-undang (Seksyen
53(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964) apabila petisyen rayuan gagal difailkan
dalam tempoh masa yang ditetapkan (10 hari) dan tiada permohonan lanjutan masa
dibuat, maka rayuan dianggap luput dan terbatal, itu peruntukan
undang-undang.

“Pada hemat kami, apa-apa permohonan lanjutan
masa hendaklah dibuat sebelum tarikh akhir pemfailan, dalam kes ini tarikh
terakhirialah pada 6 Julai 2023… dan sehingga hari ini ia sudah lewat lebih
dua bulan dan permohonan lanjutan masih tidak dibuat.

“Oleh
kerana kes ini dibawa ke hadapan panel ini, kami membuat perintah bahawa
kedua-dua notis (rayuan) ini dibatalkan,” katanya.

Dalam
prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer
Abdul Karim.

Sementara itu, Arul Kanda yang ditemui selepas
prosiding, kelihatan gembira dan melahirkan kesyukuran dengan keputusan
itu.

“Kini saya boleh teruskan dengan kehidupan,” katanya
ringkas.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah
Rayuan, pada 3 Mac lalu membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati
pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua
tertuduh.

Najib, 70, didakwa pada 12 Disember 2018,
menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan
Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul
Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan
berkenaan bagi melindunginya daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah
berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen
23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20
tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana
lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Sumber Berita Harian