STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori – Semak Status Anda Sekarang

Photo of author

By Admin Fz

STR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori – Kerajaan melalui Kementian Kewangan telah menyatakan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Berikut dikongsikan maklumat mengenai STR Fasa 3.

Jumlah Keseluruhan STR 2024

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024

Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Ogos 2024.

Tarikh pembayaran spesifik akan ditentukan berdasarkan tarikh penghantaran borang permohonan, sama ada dalam bentuk talian atau kertas.

Seperti prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang memenuhi syarat.

Untuk penerima yang tidak memiliki akaun bank atau mempunyai status akaun yang tidak aktif, mereka boleh melakukan penebusan tunai pembayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Semakan Status STR Fasa 3

Cara Membuat Semakan Status STR Fasa 3

  1. Log masuk MySTR
  2. Masukan Nombor Kad Pengenalan Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Paparan Maklumat seperti Status Permohonan & Maklumat Pembayarb (sekiranya ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Pilihan Pembaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.