Sabah menggesa penangguhan semua aktiviti fizikal

Photo of author

By admin

Spread the love

AVvXsEidqfUNbcqq qjjuPwmSx9MmRBdtCjfGV2KRc1MYGK9N9j2lFJmhgsk NRh0vRm Je6Cy60kiHvLkdhYmLTeJ02xxdU O8RT3w4DrBMU9AHZ4O629M SzjADOqDlw w3luk1r5CGzMx355bo00F49p5mzVzBKQPA2kvL1N0mPOspiUbo8KUa88rWWIQ=w632 h343

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengesyorkan semua acara fizikal ditangguhkan bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong berkata arahan itu susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

“Trend laporan kes harian menunjukkan peningkatan sejak lima hari lalu dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat kerana orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)

“Adalah disyorkan penganjuran perhimpunan rasmi dan tidak rasmi kerajaan yang telah dijadualkan ditangguhkan atau diadakan secara dalam talian bagi mengawal jangkitan,” katanya.

Tambah Safar, sekiranya penganjur memerlukan kehadiran fizikal, penganjur perlu meminta peserta membuat ujian saringan sebelum acara berlangsung.

Acara itu juga harus diadakan dalam masa dua jam dan dalam satu pertiga daripada kapasiti premis.

Semalam, Sabah merekodkan sejumlah 3,333 kes baharu koronavirus.

AVvXsEhC6JYn329dW3gNbIvsE1otDDYTjJIMeXtYmCpAQWCuCmMaG9zgOVEoDACGFpswd0uszI9bLWCrr2NRllzOXrvAzUEeUsoaMwBJBZ35xAzOHVt131GrPsJEuGS4O2TrGY sBfKTpGpw SVuk9SWogHmsVVKasF2lwRVWN lVFDlVVl9eO71jCCwTLlm=w642 h359

Jumlah jangkitan COVID-19 Malaysia  semalam

AVvXsEiZ1k7ShY8ynB vU0TzQzCy1YgogVRcDt2m5iQO5 Nvqe7fxTzymD4r7B VrGv4Mx6e2wdBx qW9Djd6QKISrk2YP2mlYDA1ggf1Vfu953T7NzfQmc92UjHzfM2KKy wh6Te11gRtiJm8Wq8YMBER2FGcLEU M4jUMTbYFLnibhB f9h fhdS0K1MLi=w610 h610