Permohonan Bantuan Golongan B40 Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 2024

Photo of author

By admin

 


Permohonan Bantuan Golongan B40 Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 2024



Borang Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan
Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024.
Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang
penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen
Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan
berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan
untuk mengisi borang penyertaan ini.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga
kuota penyertaan dipenuhi.



Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)

1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas
semasa mengemukakan permohonan.

2. Terbuka kepada golongan B40 dan
tanggungan.

3. Sihat fizikal dan mental.

4. Peserta
tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan
permohonan.

5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana
agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan
permohonan.

6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan
fi latihan, amali dan ujian.

7. Kos pengangkutan ke Institut
Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej
ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

8. Peserta perlu
mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan
Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Peserta
hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual
latihan serta ujian yang ditetapkan.

10. Peserta adalah tertakluk
kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan
Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke
semasa.

11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji
dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen
dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

12.
Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.