PUTRAJAYA : Pelarasan gaji penjawat awam – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional secara secara berfasa bermula 1 Disember 2024.
Pelarasan gaji penjawat awam
Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak 7 peratus juga dilaksanakan secara berfasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.
“Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelarasan gaji bagi fasa 1 adalah 8 peratus dan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus.
Pelarasan gaji penjawat awam
“Manakala bagi Kumpulan Pegawai Pengurusan Tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 pula sebanyak 3 peratus.
“Pelaksanaan secara berfasa ini bagi memastikan tiada inflasi kerana jika inflasi naik pendapat boleh guna akan jauh kurang,” katanya mengumumkan berita itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di sini, hari ini.
Anwar berkata, penjawat awam yang sedia berkhidmat akan diselaraskan gaji pada 1 Disember 2024.
Selain itu, beliau berkata, pencen akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan gaji akhir pesara.
Pelarasan gaji penjawat awam
“Ramai rakan-rakan pencen bangkitkan isu ini dan saya beri jaminan tidak terjejas dengan perubahan baharu ini,” ujarnya.
JULAT PENINGKATAN PENDAPATAN PENJAWAT AWAM 16.8% HINGGA 42.7%
Menurut Perdana Menteri, julat peningkatan pendapatan akan diterima penjawat awam adalah 16.8 peratus hingga 42.7 peratus mengambil kira faedah berganda.
Pelarasan gaji penjawat awam
“Sebagai contoh Pembantu Hidupan Liar Gred 11 pendapatan bulanan pada November 2024 sebanyak RM1,795 dan akan meningkat kepada RM2,115 pada Disember 2024 semasa fasa 1 dan pada fasa 2 akan meningkat kepada RM2,327 pada Januari 2026.
“Selain itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 41 pendapatan bulanan pada November 2024 sebanyak RM3,838 dan akan meningkat kepada RM4,085 pada Disember 2024 semasa fasa 1 dan pada fasa 2 akan meningkat kepada RM4,559.24 pada Januari 2026,” ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Pilihan Pembaca:
- JAWATAN KOSONG PERKESO BERHAD APRIL 2024 – 3 KEKOSONGAN JAWATAN
- JAWATAN KOSONG MRSM APRIL 2024 – GURU SAMBILAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA JOHOR BAHRU
Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.
Pelarasan gaji penjawat awam
Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak 7 peratus juga dilaksanakan secara berfasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.
“Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelarasan gaji bagi fasa 1 adalah 8 peratus dan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus.
Pelarasan gaji penjawat awam
“Manakala bagi Kumpulan Pegawai Pengurusan Tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 pula sebanyak 3 peratus.
“Pelaksanaan secara berfasa ini bagi memastikan tiada inflasi kerana jika inflasi naik pendapat boleh guna akan jauh kurang,” katanya mengumumkan berita itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di sini, hari ini.
Anwar berkata, penjawat awam yang sedia berkhidmat akan diselaraskan gaji pada 1 Disember 2024.
Selain itu, beliau berkata, pencen akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan gaji akhir pesara.
Manakala bagi Kumpulan Pegawai Pengurusan Tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 pula sebanyak 3 peratus.