Panduan & Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat B40 dan M40

Photo of author

By admin

 



Panduan & Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat B40 dan M40

Bantuan Rumah Mesra Rakyat Untuk B40 & M40 – Kerajaan
Malaysia Madani dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan
meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada
golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang
ditetapkan.

Bantuan bina rumah ini adalah bantuan Rumah Mesra
Rakyat(RMR) yang memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000
sehingga RM 85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan
kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 85,000 buah rumah telah berjaya
disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Ciri-Ciri RMR 2023

Harga RMR adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya
adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut
adalah harga Bantuan Rumah Mesra Rakyat mengikut negeri:


Kaedah Perlaksanaan & Ciri-ciri Program RMR

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat

Cara Membuat Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di
    https://rmr.spnbonline.com.my/
    atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang
    didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau
    cawangan SPNB yang berdekatan


Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar
    kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan
    dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Bantuan Rumah Mesra Rakyat


Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)


NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku
rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai
Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen
tambahan tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa


Semakan Status Kelulusan Bantuan Rumah Mesra Rakyat

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan
kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk
tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari
tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan
syarat


Tanggungjawab Pemohon

Pemohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut
    spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu


Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai Bantuan Rumah Mesra
Rakyat SPNB, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT


Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C,
Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor
Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel:
[email protected]

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah


No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah
Darul Aman.
Telefon: 04-4250 378
Emel:
[email protected]
En. Ahmad Yamani Bin Zainol

Cawangan Melaka


No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Telefon:
06-288 4335 / 06-288 4770
Emel: [email protected]
En.
Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Negeri Sembilan


No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3, Bandar Ainsdale, 70200 Seremban,
Negeri Sembilan.
Telefon: 014-382 4979
Emel:
[email protected]
En. Mohd Faizal Bin Burhoroldin

Cawangan Terengganu


Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala
Terengganu, Terengganu.
Telefon: 09-625 0076 / 09-625 0067
Emel:
[email protected]

Cawangan Perak

No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh,
Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438 /
Emel:
[email protected]
Ir Ahmad Helmi Ahmad Khalil

Cawangan Pahang


A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan,
Pahang.
Tel: 09-573 3222
E-mail: [email protected]
En.
Ahmad Hanafi Bin Kamaluddin

Cawangan Johor

Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000
Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
E-mail:
[email protected]
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Rumah Mesra Rakyat diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama SPNB untuk
membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan
keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang
tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Cara Membuat Permohonan RMR?

Secara Online


1. Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
2. Klik pendaftaran baru dan isi borang
dengan lengkap
3. Setelah itu, ID Login
dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
6.
Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau
cawangan SPNB yang berdekatan

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan RMR?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan
Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan
belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk
kepada termas dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:

  •  Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
  • Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
  • Tapak cadangan tidak sesuai
  • Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta
tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah RMR diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh
dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa
pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air
/elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan
elektrik. SPNB hanya membina Rumah Mesra Rakyat sahaja
.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon Rumah Mesra Rakyat perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui
kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di
Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan
.


Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika si mati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan
ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan
tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang
kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk
pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat
yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan
berulang.