Nasi bambong yang ditawarkan di bawah ‘Menu Rahmah’ di Tawau termasuk dalam senarai paling termurah di seluruh sabah
TAWAU: Tawau sangat lah terkenal dengan hidangan popularnya seperti mi touhu`dan nasi kuning, tetapi dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah kerajaan, nasi bambong telah dimasukkan ke dalam senarai hidangan paling utama untuk golongan yang memerlukan. Berharga sekitar RM3 hingga RM4,
nasi bambong adalah sangat selaras dengan objektif Menu Rahmah untuk menawarkan hidangan yang memenuhi keperluan nutrisi harian orang ramai dengan harga RM5 atau kurang.
,Penjual nasi bambong terletak di Taman Sabindo di sini berkata, hidangan itu terdiri daripada nasi putih dan pilihan protein seperti ayam atau ikan. “Pelanggan juga boleh memilih lauk percuma seperti sayur-sayuran, tauhu, tempe dan sambal
“Saya akan menyediakan 10 hingga 20 jenis hidangan setiap hari, seperti ayam paleko, ayam masak lengkuas, ayam masak merah dan ikan baulu rebus,” kata Kasmi kepada Bernama. Inisiatif Menu Rahmah bertujuan menyediakan hidangan seimbang untuk makan tengah hari dan makan malam yang merangkumi karbohidrat (nasi), protein (ayam atau ikan) dan sayur-sayuran pada harga mampu milik RM5 sepinggan. Nasi bambong dijual pada harga kira-kira RM1 pada 1990-an, tetapi selepas pandemik Covid-19 dan kenaikan harga barang, harganya telah meningkat antara RM3 dan RM4. Kasmi berkata perkataan bambong dalam dialek tempatan bermaksud “penganggur”, justeru nasi bambong dijual pada harga yang lebih murah supaya semua orang dapat makan makanan yang enak, tanpa mengira status pekerjaan mereka.