Mengapa Orang Kedah Menyebut Duit Syiling Sebagai Kupang ? Mesti Ramai Tertanya Tanya Jom Lihat Sejarah Nya Kembali

Photo of author

By admin

 


Mengapa Orang Kedah Menyebut Duit Syiling Sebagai Kupang ? Mesti Ramai Tertanya Tanya Jom Lihat Sejarah Nya Kembali

Pasti ramai pernah tertanya mengapa Kedah dan negeri-negeri di
Utara kebanyakannya menggunakan istilah kupang bagi duit syiling mereka dan
sebagai kata ganti untuk sen serta puluh sen.

Sebutan tersebut
telah sebati di dalam diri mereka sehingga terbawa-bawa ke mana sahaja mereka
pergi. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui mengenai asal-usul nama
kupang ini yang digunakan dalam mata wang.

Mengimbau
kembali sejarah lampau, negeri Kedah merupakan negeri yang berjaya menjalankan
pentadbirannya dengan baik. Disebabkan itu, negeri Kedah berkemampuan untuk
mengadakan satu sistem matawang yang teratur kerana pemerintahannya yang
stabil.

Oleh itu, Kedah telah berjaya mengeluarkan beberapa jenis
matawang yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga dan timah di dalam
beberapa bentuk.

Mengapa Orang Kedah Menyebut Duit Syiling Sebagai Kupang ? Mesti Ramai Tertanya Tanya Jom Lihat Sejarah Nya Kembali

Walaupun begitu, terdapat dua jenis matawang yang biasa
dikeluarkan untuk peredaran iaitu Satu Mas dan Satu Kupang.

Satu
Mas mempunyai berat bersamaan dengan 20 biji saga kundi bersamaan 2.5 gram
manakala Satu Kupang yang lebih kecil mempunyai berat bersamaan 5 biji saga
kundi bersamaan dengan 0.60 gram pada waktu ini.

Oleh itu,
Empat Kupang pada masa itu bersamaan dengan Satu Mas.

Pada
pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II yang berkembang dengan pesat, matawang
emas yang digunakan pada sebelumnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan
rakyat dalam pelbagai urusan.

Terdahulu,
pemerintahan kekandanya, Sultan Muhammad Jiwa telah menggunakan matawang
berasaskan emas.

Berikutan kekurangan matawang emas, baginda Sultan
Muhammad Jiwa II telah membincangkan perkara tersebut bersama pembesarnya
untuk mengubah sistem matawang yang hanya bersandarkan emas.

Hasil
mesyuarat itu, telah diputuskan supaya perak juga dijadikan matawang utama
bagi negeri Kedah pada masa itu.

Bermula dari saat itu, matawang
perak yang dinamakan Darham sudah mula ditempa. Pada waktu itu, nilai Satu
Darham Perak telah ditetapkan sama dengan Satu Kupang emas.

Selain daripada itu, terdapat beberapa jenis matawang emas yang
dijumpai di Kedah yang mana permukaannya bertulis ‘SULTAN’ manakala bahagian
belakangnya bertulis ‘ADILIN’.

Selain daripada matawang ini,
terdapat matawang emas yang lain ditemui di Kedah yang tergolong dalam jenis
kupang juga.

Permukaan hadapan bagi
matawang ini bertulis ‘SULTAN ADILIN’ manakala bahagian belakangnya tertulis ‘
AKBAR SHAH’.

Walaupun kupang ini pada mulanya berasal dari
negeri Kedah, namun negeri-negeri berhampiran yang tergolong dalam negeri di
Utara Malaysia turut menggelarkannya sebagai kupang.

Istilah kupang sehingga kini masih digunakan oleh penduduk
Utara Malaysia dalam pelbagai urusan.