Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024 – Ramadhan tiba lagi. Adakah anda sudah bersedia?. Kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan. Sebagai menyatakan rasa syukur dan kegembiraan menyambut Ramadan, seharusnya kita menyiapkan diri dari sudut mental dan fizikal.
Ramadan. Bulan penuh kemuliaan itu adalah bulan yang mendidik jiwa, melatih peribadi, jasmani, rohani ke arah menjana iman dan takwa serta menghindari perkara-perkara maksiat.
Sebaliknya, jika kita tidak bersiap sedia, Ramadan kali ini akan datang dan pergi begitu sahaja. Alangkah ruginya kerana melepaskan dan mensia-siakan peluang yang Allah SWT tawarkan dengan pelbagai kelebihan berganda.
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024
Table of Contents
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024 Bulan Ramadhan Tahun 2024M 1445H
Sebagai makluman, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerbitkan jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak di bulan Ramadhan tahun 2024 (Masihi) bersamaan 1445 (Hijrah) bagi edaran umum kepada umat Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia.
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024 ataupun takwim berkenaan sekali gus membantu seluruh umat Islam yang berada di seluruh negeri di Malaysia membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak pada waktu yang tepat.
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024
Berikut Merupakan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1445H / 2024M Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia
Sila klik pada setiap nama negeri masing-masing untuk melihat Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024
5 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN INI
Berikut adalah antara amalan sunnah di bulan Ramadhan yang amat dianjurkan.
1. Bersahur
Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:
“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)
Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.
2. MEMPERBANYAKKAN DOA
Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)
Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau Mengasihi untuk Mengampun, Maka ampunilah diriku.”
3. BERSEDEKAH / MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA
Nabi SAW adalah seorang insan yang paling pemurah, malah Baginda adalah lebih pemurah sewaktu bulan Ramadhan. Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
4. MENYEGERAKAN BERBUKA
Ini tentunya salah satu sunnah yang mudah untuk kita lakukan. Jangan lupa meniatkan menyegerakan berbuka kerana ianya adalah salah satu amalan sunnah.
Seperti sabda Baginda melalui sebuah hadis:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)
Menurut riwayat, Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa butir kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum melakukan solat (Maghrib). Jika tidak menemukan beberapa kurma muda, maka Baginda berbuka dengan beberapa butir kurma matang (tamr atau kurma kering). Jika tidak menemukannya juga, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
5. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM
Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan.
Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).
Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.
Pilihan Pembaca:
JAWATAN KOSONG TH PLANTATIONS BERHAD – GAJI RM3,000 – RM3,499
JAWATAN KOSONG AIRPORT MALAYSIA MAC 2024 – PELBAGAI KEKOSONGAN JAWATAN