Hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini.

Photo of author

By Admin Fz

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini.

Berdasarkan infografik MetMalaysia yang dikongsikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi laman X, hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung yang meliputi pantai barat dan selatan serta di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Ribut petir diramal berlaku di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada petang dan malam ini.

Di Sabah, ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat seperti Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat, selain hujan di kebanyakan tempat di Labuan, manakala di Sarawak hujan diramal berlaku di Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang.

Pada esok, hujan diramal di beberapa tempat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat seperti, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagi kawasan di Sabah, ribut petir diramal berlaku di pedalaman pantai barat, Tawau, Sandakan dan Kudat, selain beberapa tempat di Sarawak seperti Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Sementara itu pada Ahad, ribut petir diramal di beberapa tempat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Perlis, Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur, manakala hujan di beberapa tempat di Sarawak seperti Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang serta di Sabah yang melibatkan kawasan pantai barat Sandakan, Kudat, Labuan dan Tawau.

— BERNAMA

Pilihan Pembaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.