eWallet Sebanyak RM300 : Panduan Memohon & Semakan Kelayakan 2024

Photo of author

By admin

 


eWallet Sebanyak RM300 : Panduan Memohon & Semakan Kelayakan 2024

eWallet RM300 : Cara Mohon & Semakan Kelayakan – Bingkas. Kerajaan negeri
sedang meneliti data-data yang terkumpul melibatkan rakyat yang terkesan
dengan masalah ekonomi di Malaysia.


Oleh itu, kerajaan negeri telah merangka satu strategori dan skim
program yang boleh diberikan bantuan kepada rakyat yang layak untuk dibantu
terus bangkit selepas pasca COVID 19.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor
(BINGKAS) yang melibatkan pemberian Bantuan eWallet RM300 setiap bulan
kepada isi rumah yang layak.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan
sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.”
Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan
belanjawan selangor 2023.

Berikut adalah syarat kelayakan
bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10
    tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan

eWallet Sebanyak RM300 : Panduan Memohon & Semakan Kelayakan 2024


Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan kepelruan di
pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan
ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.


CARA MELAKUKAN PERMOHONAN BANTUAN eWallet RM300

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan
bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran
BINGKAS.


Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak
    Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS
    (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu
    tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam /
    pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN
    / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri
    / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN
    / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri
    / tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk
portal rasmi di
https://bingkasselangor.com/

Cara Mohon Jawatan

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat
permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut