KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mengagihkan bantuan kewangan fasa 1 kepada kira-kira 8.6 juta orang antara 28 Mac dan 8 April.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa mengikut kelayakan mereka, individu akan mendapat antara RM100 dan RM300 setiap seorang.
Menurutnya, penerima akan terdiri daripada 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bersendirian atau tanpa pasangan), dan 3.4 juta lagi bujang.
“Mulai 28 Mac (Rabu), semua yang lulus peneriamaan akan menerima bayaran secara berperingkat, dengan jumlah peruntukan RM2 bilion.”
“Ia juga untuk menolong rakyat, meringankan beban mereka, terutamanya ketika mereka membuat persiapan untuk bulan puasa kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bantuan bayaran untuk isi rumah, warga emas dan orang bujang, katanya, akan dikreditkan ke akaun bank mereka.
Sementara itu, beliau menyatakan bahawa bantuan kewangan untuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank akan bermula pada 30 Mac melalui Bank Simpanan Nasional.
Beliau menyatakan sebarang rayuan boleh dibuat dalam tempoh sebulan 2 Mei, menjamin individu yang layak menyertai program BKM akan mendapat manfaat.
“Ini bagi membolehkan pemohon merayu permohonan yang ditolak dengan menyediakan dokumentasi berkaitan untuk disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.”
“Kerajaan akan selalu peka dengan keperluan semasa dan berjanji untuk terus berusaha untuk memastikan kesejahteraan keluarga Malaysia, khususnya golongan-golongan yang susah,” katanya.
Menurut Ismail Sabri, BKM adalah projek kerajaan untuk membantu golongan B40 yang diperkenalkan dalam Bajet 2022.
Mulai 28 Mac, status kelulusan BKM boleh dilihat di laman web https://bkm.hasil.gov.my.