BANTUAN SARAWAK PAY SIGN UP 2025 : REGISTER APP SKAS (RM800 & RM400 & RM250)
Lebih 770,000 penduduk Sarawak dan lebih 91,000 peniaga di Sarawak juga telah berdaftar dengan aplikasi SarawakPay yang mana ianya telah dilancarkan pada tahun 2017 lagi dan merekodkan proses transaksi bernilai lebih RM4.2 billion menunjukan ia sebuah platform yang menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan.
Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui aplikasi SarawakPay bagi memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat.
Bagaimanakah register Bantuan Sarawak pay? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
PENGENALAN BANTUAN SKAS SARAWAK PAY
Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagai khusus kepada penduduk negeri Sarawak yang berpendapatan rendah dan sederhana.
SarawakPay pula diperkenalkan sebagai sebuah aplikasi e-Wallet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak sejak tahun 2017 dan telah berkembang pesat. Aplikasi ini diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak yang memegang lesen e-Wallet yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.
JUMLAH BANTUAN SKAS DIMASUKKAN KE DALAM SARAWAK PAY
Kerajaan Negeri Sarawak telah menegaskan bahawa Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar dalam bentuk wang tunai kerana ianya akan dimasukkan (dikreditkan) ke dalam aplikasi SarawakPay mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kelayakan penerima berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SKAS DIMASUKKAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM800 setiap ketua isi rumah |
WARGA EMAS BUJANG | RM400 setiap seorang |
BUJANG | RM250 setiap seorang |
BANTUAN SARAWAK PAY SIGN UP 2025
Bagi penduduk Sarawak yang belum berdaftar (sign up) SarawakPay untuk penerimaan Bantuan SKAS, sila ikuti panduan daftar seperti berikut :
DI GOOGLE PLAY STORE (Telefon Android) |
DI APPS STORE (Telefon IOS Apple) |
---|---|
SPay Global | SPay Global |
- Sila muat turun aplikasi S Pay Global di dalam telefon bimbit anda.
- Setelah muat turun berjaya, buka Aplikasi SPay Global dan Pilih [Daftar].
- Pada halaman utama, pilih [Sign Up/Register] untuk mendaftar sebagai pengguna baru..
- Isi butir-butir peribadi anda.Masukkan detail yang diminta, seperti:
- Nama Penuh (sesuai dengan IC).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Kata laluan (Password): Buat kata laluan yang kuat dan mudah anda ingat.
- Pengesahan Nombor Telefon Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang Anda daftarkan.
- Masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti : Nombor IC (MyKad untuk warga Malaysia).
- Pilih Jenis Akaun [Sarawak Pay/SPay Global] memiliki dua jenis akaun : Basic Account : Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
- Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
- Jika Anda memilih akaun Premium, ikuti ke langkah berikutnya :
- Pengesahan akaun premium (Optional)
- Untuk ke akaun Premium, Anda perlu memuatnaik dokumen berikut : Gambar IC (depan dan belakang).
- Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
- SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
- Mulai Menggunakan SPay Global
- Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.