Bantuan MySalam: Cara Mohon Bantuan RM700 Bagi Golongan B40

Photo of author

By admin


Cara Mohon Bantuan MySalam  RM700 Bagi Golongan B40

Berikut adalah cara memohon Bantuan MySalam RM700 untuk golongan B40, serta
syarat kelayakan.
Tahukah anda MySalam ialah skim takaful perlindungan kesihatan percuma tajaan
kerajaan yang bertujuan memberi perlindungan takaful kepada mereka yang layak
untuk skim Perlindungan Komuniti MySalam melalui Kumpulan Wang Amanah Mysalam?
MySalam diasaskan sebagai skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu
golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan kewangan kerana
menghadapi cabaran seperti penyakit kronik dan serius.

Cara Memohon RM700 di Bantuan MySalam

Semak untuk melihat sama ada anda layak untuk mendapatkan bantuan sebelum
membuat penebusan Mysalam. Kami akan menunjukkan kepada anda cara melakukan
semakan MySalam dalam artikel ini.
  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
  3. Seterusnya, klik pada pautan “semak”
  4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda
    layak ataupun tidak
Jika anda layak, anda mempunyai dua cara untuk menebus bantuan ini. Antaranya
adalah:

Arkitel-artikel berkaitan yang menarik untuk anda

Cara Pertama Mohon Bantuan MySalam

Tuntutan Secara Online:

  • Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  • Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik
    LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
  • Anda akan diminta pengesahan nombor telefon selepas pendaftaran selesai.
    Jika nombor telefon anda tidak lagi sah, sila hubungi talian hotline untuk
    menukar kata laluan anda. Kemudian anda dihendaki menaip kata laluan
    baharu anda.
  • Sila kemaskini profile anda.
  • Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN
    > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN
    > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC >
    MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam
    gambar)
  • Klik hantar.
  • Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

Cara Kedua Mohon Bantuan MySalam

Tuntutan Secara Manual

  • Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
  • Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk
    mereka yang tinggal di Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb
    (berdekatan mesin ATM bank rakyat).
  • Serahkan semua dokumen dihendaki untuk mereka masukkan ke dalam sistem
    (key-in).
  • Untuk tempat lain, dail nombor di bawah untuk mengetahui lebih lanjut
    mengenai lokasi kiosk mySalam berhampiran anda.

Syarat Kelayakan

Individu yang layak mendapat Bantuan Sara Hidup Asas (BSH) termasuk:

  1. Individu berumur 18 hingga 65 tahun, serta pasangan mereka.
  2. Bujang yang berumur diantara 40 hingga 65 tahun yang mempunyai
    berpendapatan tidak kurang daripada RM24,000 setahun.
  3. Orang kurang upaya berumur antara 18 dan 65 tahun yang berpendapatan
    kurang daripada RM24,000 setahun.


Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):

1. Penyakit kritikal akan menerima bantuan RM8,000 serta 14 hari
kemasukan ke hospital.

Maklumat lanjut

Maklumat tambahan untuk anda semua: sesiapa yang telah dikuarantin boleh
menebus mySalam. Walaupun anda hanya dikuarantin dari rumah anda, anda masih
boleh menebus diri sendiri. Sebagai contoh, katakan anda telah diarah untuk
kuarantin selama 10 hari (RM50X10) = RM500. (Masa penebusan terpendek ialah
satu hari, manakala yang paling lama ialah empat belas hari.)

TALIAN BANTUAN