Kerajaan MADANI telah memperkenalkan Bantuan Ewallet MyKad Madani berjumlah antara RM600 sehingga RM1200.
Usaha ini sebagai langkah penting daalm meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia.
Hal ini bermakna, bantuan ewallet khusus kepada golongan miskin, miskin tegar, serta individu yang dikategori memerlukan sokongan kewangan dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa.
Baca Juga : Jawatan Kosong IMIGRESEN – GAJI Sehingga RM1,999
Melalui inisiatif ini, diharapkan nasib golongan memerlukan dapat dibela dan denyut nadi mereka didengari. Program bantuan ini disalurkan secara berperingkat melalui MyKad penerima.
Table of Contents
BANTUAN EWALLET MYKAD RM600
Proses agihan ini mencerminkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempercepatkan saluran kepada mereka yang memerlukan.
Tempog agihan pula akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri-negeri di Malaysia, selaras dengan jadual yang telah ditetapkan.

Bagi Semenanjung Malaysia, agihan bermula pada 1 Ogos 2025 sehingga 1 Disember 2025. Manakala di Sabah, Sarawak serta Labuan, bantuan ini dikreditkan bermula 12 Ogos 2025.
Bantuan Ewallet MyKad Madani dikreditkan berdasarkan kategori penerima yang layak, dan jumlah bantuan yang diterima pula berbeza mengikut syarat kelayakan.
Berikut adalah pecahan bantuan yang akan diterima berdasarkan kategori penerima:
- Isi Rumah: Di Semenanjung Malaysia antara RM100 hingga RM600, manakala di Sabah dan Sarawak, bantuan RM600.
- Warga Emas: Sama seperti isi rumah, penerima di Semenanjung Malaysia antara RM100 hingga RM600, dan penerima di Sabah dan Sarawak menerima RM600.
- Bujang: Penerima bujang di Semenanjung Malaysia antara RM50 hingga RM300, manakala di Sabah dan Sarawak akan menerima RM300.
Bantuan ini sebagai inisiatif khas meringankan beban golongan yang terkesan oleh keadaan ekonomi yang semakin mencabar, tidak kira sama ada mereka merupakan isi rumah, warga emas, atau individu bujang.
Bagi anda yang ingin mengetahui sama status layak terima, berikut kami kongsikan langkah mudah untuk menyemak status kelayakan.
Baca Juga : Temuduga Terbuka Polis Bantuan Malaysia Airports Tahun 2025
SEMAK CARA MOHON BANTUAN EWALLET
Sila layari portal rasmi eKasih, memilih menu “Check Status” di halaman utama, memasukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang, dan kemudian memasukkan kod Captcha untuk pengesahan.
Seterusnya, sistem memaparkan maklumat kelayakan anda dan jumlah bantuan keseluruhan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda disarankan untuk merujuk portal rasmi kementerian atau agensi terlibat.
Kerajaan menegaskan bahawa semua maklumat yang diberikan harus diperoleh daripada sumber rasmi untuk mengelakkan sebarang bentuk penipuan.