Akaun 3 KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC

Photo of author

By Admin Fz

SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun 3 KWSP secara terus adalah RM250 sahaja sehari.

Menurut paparan maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun, ahli yang mahu mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

KWSP memperkenalkan akaun 3 KWSP yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

Proses e-KYC atau proses pengesahan identiti yang dilakukan secara elektronik menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Dalam pada itu, ia turut menjelaskan bahawa pencarum boleh melakukan pindaan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Akaun 3 KWSP: Akaun Fleksibel

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Katanya, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Tempoh Akaun 3 KWSP

Tempoh bagi ahli KWSP yang mahu membuat pindahan tersebut bermula pada 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Pilihan Pembaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is Banner-Telegram-1-1.png

Bungaraya.my tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.