Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Mula Diagihkan Pada Bulan Ini

 

Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Mula Diagihkan Pada Bulan Ini


Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 kini mula dikreditkan kepada penerima yang berstatus ‘LAYAK’ mulai 17 November 2023, baru-baru ini.

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Semakan Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT RISDA 2023

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.

Semakan kelulusan bantuan boleh dilakukan pada pautan berikut atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Pemohon boleh membuat semakan di pautan berikut:



Sila masukkan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR. Status kelulusan akan dipaparkan seperti dalam gambar seperti berikut.

Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  1. Fasa 1 November 2023 – RM200
  2. Fasa 2 Disember 2023 – RM200
  3. Fasa 3 Januari 2024 – RM200
  4. Fasa 4 Februari 2024 – RM200
Bagi kelulusan yang telah disahkan ‘LAYAK’ sehingga 13 November 2023, Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 bagi Fasa 1 iaitu pada peringkat pertama kini telah mula dikreditkan bermula 17 November 2023 ke dalam akaun penerima.

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Untuk makluman pemohon, setiap permohonan BMT 2023 perlu disemak dan diluluskan di pejabat berkenaan sebelum proses bayaran boleh dilakukan.


Join Telegram Bantuan & Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia



Iklan Jawatan Kosong PETRONAS Tahun 2023

Post a Comment

0 Comments